JPAM sedia main peranan barisan hadapan

SHARE:

PUTRAJAYA - Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), dengan kekuatan 850,000 sukarelawan kini, bersedia melaksanakan peranan sebagai bar...


PUTRAJAYA - Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), dengan kekuatan 850,000 sukarelawan kini, bersedia melaksanakan peranan sebagai barisan hadapan dalam mengendalikan pengurusan bencana alam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Katanya setelah dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri dan diangkat menjadi agensi tunggak dalam pengendalian pengurusan bencana, Jpam turut beralih menjadi barisan hadapan dalam melaksanakan tanggungjawab berbanding penglibatan sebelum ini di barisan belakang dalam pertolongan kecemasan dan bencana.

Pemindahan Jpam yang sebelum ini di bawah Kementerian Dalam Negeri diumumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam negeri semalam, antara lain bertujuan memantapkan usaha kerajaan dalam soal pengurusan bencana.
"Jpam berupaya memainkan tanggungjawab lebih besar dalam menggerakkan pertolongan semasa sesuatu bencana berlaku," katanya kepada pemberita ketika hadir pada majlis jamuan hari raya Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Maritim Laksamana Datuk Mohd Amdan Kurish, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Datuk Ahmad Fuzi Ab Kahar dan Ketua Pengarah Jpam Datuk Zaitun Ab Samad.

Shahidan berkata kemahiran sukarelawan Jpam akan terus dimantapkan dan kini mereka berpeluang menerima latihan tambahan seperti kemahiran di darat, udara dan laut melalui kemudahan dimiliki Maritim.

Dalam menjadikan peranan sukarelawan lebih berkesan dan menyeluruh, beliau berpandangan keanggotaannya harus dipertingkatkan kepada 10 peratus daripada nisbah keseluruhan penduduk negara ini.

Katanya polisi berhubung pemindahan jabatan itu juga akan diperincikan selepas mengadakan perbincangan bersama Ahmad Zahid kelak. - Bernama
Nama

ASPA berkaliber,2,Berita,32,Ceramah,1,DEKAD PLATINUM,1,FB APM,2,Imej,1,Imej Kursus,3,Informasi,9,Jemputan,2,KAPA,1,Kisah,2,Lahad Datu,1,Laporan ringkas kursus,1,Laporan ringkas tahun baru,1,Majlis,4,Memori,1,Ops Daulat,1,Pengetahuan semasa,8,Pengumuman,6,Peristiwa,9,Seni mengajar,1,takwim,1,Takwim Kursus berkaitan KAPA,1,Ucapan,5,Ucapan Komandan,1,Video,1,Video Korporat,1,
ltr
item
PULAPA Wilayah Timur: JPAM sedia main peranan barisan hadapan
JPAM sedia main peranan barisan hadapan
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi-dLk1OibR1DvHxV0yydIZ1kU_PNgPRYvkCw9KCrD7oj4qLxClIeFfEhVNamJZuvi1KfbUzXBjHFCo-Bt77KoBE3lT7uYPZeHIn3iRyEeAVpZ-nsXLo4dC0Dyp6npdWfUr4OmZpNMZ8dwQ/s320/shahidankassim.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi-dLk1OibR1DvHxV0yydIZ1kU_PNgPRYvkCw9KCrD7oj4qLxClIeFfEhVNamJZuvi1KfbUzXBjHFCo-Bt77KoBE3lT7uYPZeHIn3iRyEeAVpZ-nsXLo4dC0Dyp6npdWfUr4OmZpNMZ8dwQ/s72-c/shahidankassim.jpg
PULAPA Wilayah Timur
https://pulapa-timur.blogspot.com/2015/07/jpam-sedia-main-peranan-barisan-hadapan.html
https://pulapa-timur.blogspot.com/
http://pulapa-timur.blogspot.com/
http://pulapa-timur.blogspot.com/2015/07/jpam-sedia-main-peranan-barisan-hadapan.html
true
6364183906384950021
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy