Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Timur telah menganjurkan kursus Authorised Entrant & Standby Person for Confined Space (AESP) ...
Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Timur telah menganjurkan kursus Authorised Entrant & Standby Person for Confined Space (AESP) kepada Jurulatih dan Staf PULAPA,Jengka yang dikendalikan oleh pihak National Intitute Of Occupational Safety and Health (NIOSH).
Ia berlangsung selama 2 hari 1 malam iaitu pada 21 Mei hingga 22 Mei yang bertempat di PULAPA Wilayah Timur.
Seramai 20 orang pegawai yang terdiri daripada jurulatih dan staf PULAPA,Jengka yang terlibat dengan kursus yang dianjurkan oleh Bahagian Latihan PULAPA Wilayah Timur.
Tujuan kursus ini dijalankan adalah untuk memantapkan ilmu menyelamat dan menjadikan jurulatih PULAPA Jengka sebagai jurulatih bertauliah yang diiktiraf oleh Agensi luar.
Tujuan kursus ini dijalankan adalah untuk memantapkan ilmu menyelamat dan menjadikan jurulatih PULAPA Jengka sebagai jurulatih bertauliah yang diiktiraf oleh Agensi luar.
Dalam perjalanan kursus tersebut,terdapat 5 topik utama.Iaitu memperkenalkan kerja-kerja ruangan terhad,bahaya berkaitan kerja-kerja Ruangan Terhad,peralatan perlindungan diri (PPE) dan peralatan yang berkaitan kerja-kerja Ruangan Terhad serta,persediaan kecemasan dan pelan tindakan untuk kerja-kerja Ruangan Terhad.
Kursus ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang kejadian atau insiden yang tidak dingini berlaku hasil dari komitmen dan disiplin yang tinggi dari jurulatih PULAPA,Jengka.