Anggota Sukarelawan Pertahanan Awam (ASPA) ialah orang awam yang mendaftar menjadi anggota Pertahanan Awam di mana-mana pejabat Pertahana...
- Menamatkan kursus asas dengan jayanya dan telah memperolehi sijil
- Diberi nombor badan/nombor keanggotaan Pertahanan Awam
- Mempelajari ilmu Pertahanan Awam
Sukarelawan Pertahanan Awam pada dasarnya ialah :-
- Tugas Pertahanan Awam ialah melatih orang awam dalam menghadapi bencana/operasi samada sebelum, semasa atau selepas peperangan/aman.
- Melakukan tugas-tugas menyelamat semasa bencana/operasi menyelamat
- Membantu tugas-tugas Pertahanan Awam yang diwujudkan pada 20 Mei 1995 yang pada ketika itu tenaga kakitangan tetap adalah kurang.
Syarat-syarat
Menjadi anggota Sukarelawan Pertahanan Awam
- Warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas.
- Sihat tubuh badan dan tiada kecacatan fizikal.
- Kelulusan akademik sekurang-kurangnya SPM.
- Tidak menyertai badan beruniform yang lain.
- Berminat menjalankan tugas secara sukarela.
Faedah ASPA
- Belajar bagaimana cara menyelamat di air dan cara-cara menyelam (SCUBA)
- Peluang mendapat sijil-sijil kemahiran dan kursus yang dihadiri
- Dapat belajar berhubung melalui Radio Set (Komunikasi)
- Mendapat pengetahuan cara untuk menguruskan bencana
- Belajar bagaimana cara pengendalian peralatan operasi
- Belajar tatacara berpakaian seragam
- Dapat belajar seni mempertahankan diri
- Dapat belajar membaca peta dan kompas
- Dapat belajar Asas Pertolongan Cemas
- Dapat belajar bagaimana hendak melakukan Ascending dan Discending
- Belajar bagaimana hendak melakukan Breathing Apparatus (BA SET)
- Mendapat pengetahuan mengenai ikhtiar hidup
- Dapat belajar asas kebombaan
- Dapat belajar asas menyelamat
- Dapat ilmu pengetahuan harian seperti medik dalam menghadapi situasi kemalangan yang berlaku
Kemudahan
- Mendapat rawatan percuma di Hospital Kerajaan
- Mendapat elaun berkhidmat
- Mendapat Uniform percuma
- Menerima bounti (Saguhati) tahunan
- Pegawai dan anggota dapat berkhidmat di seluruh Malaysia kerana Pejabat/Cawangan Pertahanan Awam terdapat di seluruh Malaysia
Cara Memohon
Permohonan boleh di buat secara on-line melalui Sistem Pendaftaran Anggota Sukarela Pertahanan Awam (SiSPAL) yang terdapat di muka hadapan laman web Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.
Jika saudara berhampiran dengan mana-mana Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) atau Pejabat Negeri pertahanan Awam (PNPA), saudara boleh mohon di pejabat JPAM berhampiran.
Untuk Makluman Lanjut sila Hubungi :
Mej. (PA) Mohd Zahri Bin Abdul Aziz
Bahagian Pengurusan Angkatan,
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia,
Jalan Padang Tembak
50556 Kuala Lumpur.
No Tel : 03-2687 1308
Email : mohdzahri@civildefence.gov.my