Putrajaya: Berkuatkuasa hari ini, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dipindahkan di bawah naungan Jabatan Perdana Menteri (JPM), ka...

Beliau berkata, jabatan berkenaan akan diletakkan di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim di mana JPAM akan menjadi agensi tunggak yang akan melaksanan soal bencana.
"Saya yakin entiti baru di bawah naungan JPM akan memperlihatkan keseriusan kerajaan dalam memberi tumpuan kepada soal bencana alam yang tidak lagi di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"Perkara ini sudah diputuskan sebelum rombakan Kabinet iaitu atas arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak," katanya pada sidang media majlis meraikan pelantikan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri di Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, hari ini.
Terdahulu, beliau diiringi Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar (bekas timbalan Menteri Dalam Negeri); dua timbalan yang baru dilantik Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Masir Anak Kujat serta Ketua Setiausaha kementerian Datuk Alwi Ibrahim memotong pulut kuning.
Kedua-dua timbalan menteri kemudian menandatangani buku tetamu yang disediakan.