Sebagaimana dikatehui umum, audit bertujuan memastikan komponen manusia (man) menjalankan tugasnya selaras dengan piawai / sistem yang diwuj...
Sebagaimana dikatehui umum, audit bertujuan memastikan komponen manusia (man) menjalankan tugasnya selaras dengan piawai / sistem yang diwujudkan. Jika berlaku kegagalan atau ingkar kepada sistem / piawai berkenaan, ini membuktikan 2 dapatan iaitu:-
- Manusia tidak menjalankan tugasnya dengan berkesan. Ini biasanya berlaku kepada sebahagian proses, bukan keseluruhannya.
- Manusia terbeban dengan proses piawai/ sistem yang ditetapkan. Hal ini biasanya berlaku di sebahagian proses, pada kebanyakan organisasi cawangan yang mempunyai tanggungan kerja yang sama, seperti pejabat cawangan.
Audit menemukan klu untuk proses yang lebih berkesan
Pada dasarnya tujuan umum audit adalah untuk mendapatkan pendapat/ kebiasaan atas sesuatu kewajaran, dalam semua hal yang yang bersangkutan piawai tersebut.
Bagi mencapai tujuan ini, auditor perlu menghimpun bukti kompetensi yang cukup, yang membuktikan adanya aktiviti piawai atau penemuan baru untuk penambahbaikan.
Bagi menghimpun bukti kompeten yang cukup , auditor akan identifikasikan dan menyusun sejumlah tujuan audit spesifik untuk setiap proses. Dengan melihat tujuan audit spesifik tersebut, auditor akan dapat mengidentifikasikan bukti apa yang dapat dihimpun, dan bagaimana cara menghimpun bukti tersebut.