Disiplin Lemah tanda konsep diri rendah?

SHARE:

Setiap dari kita mengetahuinya, malah ada yang menyertai kerananya. Ia adalah disiplin. Ada yang sertai JPAM kerana mahu terdedah dengan ...


Setiap dari kita mengetahuinya, malah ada yang menyertai kerananya. Ia adalah disiplin. Ada yang sertai JPAM kerana mahu terdedah dengan disiplin. 

Disiplin merujuk kepada: kemahiran bidang tertentu, yang perlu dituruti mengikut tahap dan; pematuhan kepada peraturan tanpa sebarang alasan mudah; apatah lagi tiada alasan.

Disiplin dalam perbincangan kita merujuk kepada definisi kedua; pematuhan kepada peraturan.

Kepada insan yang mempunyai konsep diri tinggi; kecenderungan mereka mematuhi disiplin adalah tinggi. Insan sebegini mudah untuk bawa diri ke masa saja urusan sama ada rasmi atau tidak, kerana keupayaannya menyesuaikan diri dengan perturan semasa, masa ada peraturan rasmi atau peraturan setempat; yang lebih kepada budaya dan etika.
Insan yang mempunyai konsep diri rendah, cenderung untuk selektif dalam berdisplin. Mereka lebih gemar memberi sebab kenapa mereka melanggar peraturan. Sebab ini sebenarnya adalah alasan yang boleh dielak.
Rendahnya konsep diri diri dapat dikesan apabila mereka memberi contoh mengapa tidak mengambil tindakan kepada orang lain, sedangkan orang berkenaan juga melakukan kesalahan yang sama.

Logiknya; alasan yang mereka gunakan kukuh. Teguran perlu adil dan menyeluruh. Kepada anda selaku pemimpin, anda perlu atasinya dengan berhikmah. Teguran perlu, dan pastikan yang ditegur memahami sebab holistik mengapa ditegur. Bezakan teguran anda dengan marah atau mengherdik. Tidak kira sama ada pimpinan anda (orang yang dipimpin) mempunyai imej diri tinggi atau lemah; mereka mempunyai perasaan yang perlu dilayan sebaiknya.

Rendah konsep diri
insan sebegini cenderung menyandarkan kesalahan mereka dengan kesalahan orang lain, tidak kiralah orang lain itu setaraf mereka, lebih tua atau pihak atasan. Prinsip mereka adalah; "tegur orang lain dulu, baru tegur aku."

Jika anda pemimpin yang ingin melahirkan pemimpin, anda perlu merangsang untuk naikkan konsep diri pimpinan anda. Jika pemimpin yang mempunyai masalah yang sama; kebarangkalian memimpin dengan lemah adalah tinggi.

Jika lemah kualiti pemimpin, visi organisasi adalah dalam bahaya. Teguran yang baik untuk insan sebegini adalah, kita perlu kuatkusakan peraturan secara menyeluruh; jika masih berlaku pelanggaran disiplin, ambil tindakan kepada kesalahan paling minor.

Tindakan sebegini memberi 'hint' atau tanda; anda sedang bertanggungjawab menguatkuasakan peraturan. Seterusnya, dengan sabar anda boleh melihat perubahan secara total.

Singkirkan dia!
Bahasa kesat yang sering dibual pihak tertentu adalah, "buang saja dia tu!" Jika lembut sikit; "rehatkan dulu dia tu". Ada tahap dalam pengurusan, kaedah rehatkan dari tugas berkesan, namun ia bukan pilihan pertama.

sebelum merehatkan ahli dalam organisasi anda, sebenarnya anda sedang mengurangkan keupayaan aset pekerja anda untuk mencapai visi organisasi. keputusan anda boleh jadi betul, jika pelbagai langkah pencegahan telah dibuat sebelumnya.

Kesilapan yang terbesar pernah dilakukan oleh pihak atasan di peringkat global adalah, terus menyingkirkan seseorang dari kapasiti penjawatannya. Insan yang tersingkir, terkilan kerana tiada sebarang pemakluman, teguran lisan kepada mereka. Tanpa perlu ulangi kesalahan yang sama, perhatikan tindakan berikut:-
  • Nasihat lisan,
  • Teguran bertulis,
  • Amaran bertulis,
  • Sesi hati ke hati,
  • Rehatkan dengan bertempoh

Dalam setiap tindakan berikut, sebagai pemipin yang bertanggungjawab, anda perlu ingatkan dan nyatakan matlamat organisasi anda agar yang ditegur memahami, itulah tujuan utama dia berada bersama anda dalam organisasi yang dibanggakan ini.

Dalam banyak keadaan, jika mampu meneruskan usaha dan tidak mahu berputus asa, anda akan liha hasilnya hanya dengan nasihat lisan. Tidak perlu 'singkirkan dia!', tapi sedarkanlah dia, walaupun mereka kelihatan matang dalam membuat keputusan!

Dalami Visi, misi dan Objektif Jabatan. Ia lambang kebanggaan anda sebagai seorang staff dalam JPAM.
Nama

ASPA berkaliber,2,Berita,32,Ceramah,1,DEKAD PLATINUM,1,FB APM,2,Imej,1,Imej Kursus,3,Informasi,9,Jemputan,2,KAPA,1,Kisah,2,Lahad Datu,1,Laporan ringkas kursus,1,Laporan ringkas tahun baru,1,Majlis,4,Memori,1,Ops Daulat,1,Pengetahuan semasa,8,Pengumuman,6,Peristiwa,9,Seni mengajar,1,takwim,1,Takwim Kursus berkaitan KAPA,1,Ucapan,5,Ucapan Komandan,1,Video,1,Video Korporat,1,
ltr
item
PULAPA Wilayah Timur: Disiplin Lemah tanda konsep diri rendah?
Disiplin Lemah tanda konsep diri rendah?
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhMf8IQIhOygxUbFxHWjY5uZRmBcxd-2tbJgl5llUwBEJHIx2Pb1RMjC9NCrCSLibviWTo1H7MzIsn0iljyVYPh-JMbgiv7BBqMlmHYcsxKOQt8gvjYPKKxH4G3P0R9cHZVnzWSs4sPxXfZ/s1600/Self-concept3.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhMf8IQIhOygxUbFxHWjY5uZRmBcxd-2tbJgl5llUwBEJHIx2Pb1RMjC9NCrCSLibviWTo1H7MzIsn0iljyVYPh-JMbgiv7BBqMlmHYcsxKOQt8gvjYPKKxH4G3P0R9cHZVnzWSs4sPxXfZ/s72-c/Self-concept3.jpg
PULAPA Wilayah Timur
https://pulapa-timur.blogspot.com/2014/08/disiplin-lemah-tanda-imej-diri-lemah.html
https://pulapa-timur.blogspot.com/
http://pulapa-timur.blogspot.com/
http://pulapa-timur.blogspot.com/2014/08/disiplin-lemah-tanda-imej-diri-lemah.html
true
6364183906384950021
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy