Komandan Baru (Kanan) Pagi tadi (12 Mei) berlangsung majlis perjumpaan staff PULAPA Wilayah Timur bersama komandan baru yang sebelum ...
![]() |
Komandan Baru (Kanan) |
Pada majlis ringkas berkenaan, beliau menyampaikan pengenalan tentang diri, latarbelakang dan harapan dalam melaksanakan amanah kerja di PULAPA Wilayah Timur kelak.
Beliau menyedari keperluan mempunyai staff yang sedia dan mampu melaksanakan tugasan yang diamanahkan selari dengan keperluan jabatan. Oleh itu, beliau turut mahu mengetahui halatuju staff agar ia selari dengan objektif penubuhan PULAPA Wilayah Timur.
Hadiri juga memperkenalkan diri masing-masing. Majlis ini memperlihatkan beliau amat menghargai staff PULAPA Jengka, apabila sedia mengenali bukan sekadar nama, malah ekspetasi dan harapan staff dalam melaksanakan objektif JPAM.
Dalam ucapan pengenalan staff, rata-rata mengucapkan selamat datang dan sedia berkhidmat sebagaimana ketetapan yang digariskan pihak atasan. Semua staff teruja dengan semangat dan iltizam baharu yang dibawa tuan Koamandan.
Siapakah Komandan baru yang turut dengan semangat baru mencorakkan PULAPA selari dengan objektifnya? Beliau adalah Tuan Lt. Kol. (PA) Mohd Nazri bin Meskam.
Selamat datang Tuan, Mohon tunjuk ajar!