Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, tiada satu kaedah dan strategi yang khusus dan terbaik boleh diaplikasikan di dalam kelas yan...

Ia terpulang kepada daya
kreativiti guru dan kesesuaian kehendak murid untuk mencapai objektif
pengajaran dan pembelajaran pada ketika itu.
Ini kerana tahap penerimaan
murid terhadap bahan yang diberikan ada berbagai-bagai iaitu ada yang
cepat, sederhana dan ada yang lambat.
Faktor kecerdasan mempengaruhi daya serap murid terhadap bahan pelajaran yang diberikan oleh guru. Oleh yang demikian, dalam sesi pembelajaran, guru seharusnya memiliki strategi dan kaedah yang khusus agar murid dapat belajar secara lebih efektif dan efisien. Justeru itu, strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan di dalam kelas pendidikan khas boleh diklasifikasikan mengikut tumpuan kepada tiga unsur utama iaitu:
Faktor kecerdasan mempengaruhi daya serap murid terhadap bahan pelajaran yang diberikan oleh guru. Oleh yang demikian, dalam sesi pembelajaran, guru seharusnya memiliki strategi dan kaedah yang khusus agar murid dapat belajar secara lebih efektif dan efisien. Justeru itu, strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan di dalam kelas pendidikan khas boleh diklasifikasikan mengikut tumpuan kepada tiga unsur utama iaitu:
- Strategi pemusatan guru
- Strategi pemusatan murid, dan
- Strategi pemusatan bahan pelajaran
Strategi Pemusatan Guru
Strategi pemusatan guru merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang telah lama diamalkan dalam bilik darjah. Di bawah strategi pengajaran dan pembelajaran ini, guru memainkan peranan yang utama.
Di dalam kelas,
gurulah yang menguasai dan mengawal segala aktiviti pelajaran iaitu
guru banyak memberi penerangan dan pelajar hanya duduk mendengar.
Brophy
(1978) , menyatakan bahawa pengajaran pemusatan guru merupakan
pendekatan yang mudah dirancang dan diurus, membekalkan model untuk
pemikiran yang betul dan mengelakkan suasana elitis yang sering
dikaitkan dengan kaedah kumpulan.
Kaedah pengajaran secara kelas,
demontrasi atau tunjuk cara, bercerita, kaedah penyoalan dan pengajaran
berpasukan adalah kaedah yang menjadi pertimbangan semasa menggunakan
strategi pemusatan guru.
Ciri–Ciri Strategi Pemusatan Guru
Ciri–Ciri Strategi Pemusatan Guru
- Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru memainkan peranan yang penting sedangkan murid berperanan sebagai penonton sahaja.
- Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah sehala. Guru banyak bercakap dan murid banyak mendengar.
- Ciri kepimpinan guru bersifat autokratik. Murid tidak berpeluang menyumbangkan pendapat mereka. Guru banyak bertindak mengawal dan memberi arahan.
- Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif pengajaran guru.
- Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai murni atau perkembangan emosi.
- Strategi ini mementingkan pencapaian murid berdasarkan keputusan ujian dan peperiksaan.
- Teknik mengajar guru ditumpukan kepada penyampaian fakta-fakta secara menghafal. Pembelajaran murid banyak berbentuk mengingat dan menghafal dan kurang berupaya membuat interpretasi
- Interaksi di antara murid adalah pasif dan sifat-sifat sosial yang positif kurang dapat dipupuk.
- Mementingkan pengelolaan kaedah keseluruhan kelas. Perbezaan murid dari segi kebolehan dan minat tidak diberikan perhatian.
- Di bawah strategi ini, murid menjadi kurang kreatif dan berinisiatif.
Oleh: Pomizi Resources.Com