Merujuk kepada Manual Pelan Strategik JPAM (2013 - 2015), pada halaman 9 menerangkan grafik tentang Stakeholder (pemegangtaruh) & pel...

Pemegangtaruh
Clarkson (1994) mendifinasikan stakeholder adalah entiti dukungannya atau penentu halatuju (guide) yang diperlukan organisasi demi kesejahteraan dan kelangsungan Jabatan.
Pengurusan tertinggi JPAM menggariskan 6 pemegangtaruh dalam JPAM. Entiti ini adalah:-
- Yang Dipertuan Agong
- Perdana Menteri dan Jemaah Menteri
- Menteri Dalam Negeri
- Ketua Setiausaha Negara
- Majlis Keselamatan Negara
- Pengurusan Tertinggi Kementerian Dalam Negeri
Pelanggan JPAM
Adalah kelompok yang memerlukan khidmst teras JPAM. Juga terdapat 6 entiti, antaranya:-
- Kementerian/ Jabatan/ Agensi
- Orang Awam
- Swasta/ NGO
- Agensi Antarabangsa
- Media
- Angkatan Pertahanan Awam
ASPA berkualiti
Mengetahui 2 kelompok ini memudahkan ASPA memahami tujuan tugasan mereka. Halatuju diperjelas dari pernyataan misi dan objektif boleh terus diaplikasi kepada pelanggan. Seterusnya informasi tugas ini perlu diketahui oleh pemegangtaruh.
Hak 2 kelompok
Sebagai ASPA, anda mengetahui hak pelanggan, iaitu mereka perlu mendapat perkhidmatan berkualiti dari anda, dalam sebarang keadaan.
Namun, apa pula hak Stakeholeder (pemegangtaruh)? Mereka berhak mengetahui apa yang Angkatan Pertahanan Awam (JPAM) laksanakan. Caranya melalui hieraki, setiap pejabat JPAM menghantar laporan berkala dan ia disalurkan ke pengetahuan stakeholder kita.
Bagi informasi lanjut, rujuk manual Pelan Strategik JPAM di PDPA dan PNPA anda.