Salam Muhibbah 1 JPAM, Selamat Tahun Baru, ayuh lunaskan azam, sama ada azam tahun lepas atau tahun ini. kami di sini mengucapkan selamat ...
Salam Muhibbah 1 JPAM, Selamat Tahun Baru, ayuh lunaskan azam, sama ada azam tahun lepas atau tahun ini. kami di sini mengucapkan selamat tahun baru dan semoga tahun mendekatkan anda dan ASPA dengan impian masing-masing.
Kami mengucapkan terima kasih atas jasa dan sumbangan Lt. Kol (PA) Kamal bin Mokhtar, yang kini bertugas di PNPA Negeri Sembilan sedari 2 Januari lalu.
Sumbangan dan jasa beliau terutamanya buah fikiran yang segar dan menjangkaui harapan pelanggan dan pemegang taruh JPAM. Ada antara kami semasa bertugas bersamanya merasakan banyak tugasan perlu dilunas, namun hasil yang dituai amat membanggakan dan berimpak mega kepada jabatan.
Kami di PULAPA Wilayah Timur bermuhasabah untuk 2013, sepanjang tahun berkenaan suka duka dan peristiwa yang berlaku semakin mematangkan kami dalam bertindak memberi yang terbaik selaras dengan visi & misi kami.
Apa yang baru?
Selain dari azam kami untuk menghampiri visi kami, kami menyusun beberapa pembaharuan untuk 2014.
Sekolah Baharu
Dalam mendepani keperluan menyampaikan ilmu yang mapan, maka wujudlah Sekolah Pengurusan teknikal. Sekolah ini memfokuskan kepada melahirkan jurulatih yang kompeten dan berkesan dalam proses penyampaian ilmu JPAM.
Blog Servis & Produk
Kami melancarkan blog dengan kandunagnnya 100% menumpukan tugas teras kami. Ia dihasilkan demi menyampaikan maklumat sahih yang terkini buat pelanggan kami, ASPA dan masyarakat Malaysia. Anda boleh layari di sini.
Staff Baru
Kami juga menerima kemasukan 8 orang staf baru. 6 darinya dari Skim teras, dan selebihnya gunasama. Kehadiran personel baru ini dapat membantu melicinkan perjalanan kami ke arah visi jabatan.
Komandan Baru
Ini yang sedang kami nantikan. Tiada sebarang maklumat rasmi tentangnya. Bila kami peroleh maklumat sahih, kami akan kongsikan bersama anda :)
Selaras dengan ucapan mantan komandan temohari, kewujudan PULAPA Wilayah Timur perlu seiring relevan dengan keperluan dan keperluan khidmat JPAM dalam masyarakat Malaysia.
Selamat Tahun Baru 2014, Salam MaulidurRasul. Ayuh buktikan kecintaan kepada Rasullulah dengan melaksanakan amalan sunnahnya setiap detik nafas kita.
Selamat Tahun Baru 2014, Salam MaulidurRasul. Ayuh buktikan kecintaan kepada Rasullulah dengan melaksanakan amalan sunnahnya setiap detik nafas kita.