Pada 26hb hingga 29hb September 2012, Kumpulan KIK PULAPA Jengka, seramai 6 orang yang diketuai oleh LT.M (PA) Mohd Hafizi Bin Zakaria, t...
Pada 26hb hingga 29hb September 2012, Kumpulan KIK PULAPA Jengka, seramai 6 orang yang diketuai oleh LT.M (PA) Mohd Hafizi Bin Zakaria, telah layak bertanding pada peringkat Kementerian Dalam Negeri dimana satu-satunya wakil bagi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, bertempat di Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi, Kedah Darul Aman.
Dengan membawa tajuk “Kesukaran Menyelengara Enjin Bot”, bertanding kategori teknikal, Kumpulan KIK PULAPA Jengka telah berjaya meraih Tempat Ketiga bagi Anugerah Audio Visual Terbaik. Hasil buah fikiran ahli kumpulan serta masalah yang dihadapi di PULAPA Jengka telah membantu KIP mencari idea bagi memasuki pertandingan ini.
Projek dijalankan sepanjang bulan April sehingga September merujuk pada pemasalahan yang dipilih iaitu ketiadaan penempatan khusus enjin bot. Berlandaskan keperluan penyelenggara stor yang betul dan pengurusan stor yang sistematik serta pelbagai masalah dan penjimatan yang berjaya diatasi telah mencapai matlamat ini.
Cadangan penyelesaian adalah dengan pendekatan penggantung enjin bot mudah alih.