Pegawai Bahagian Pengurusan Latihan (BPL) Kapten (PA) Juddie bin Turusi ditugaskan ke Lahad Datu sedari 19 Mac lalu. Pelbagai cabar...

Pegawai Bahagian Pengurusan Latihan (BPL) Kapten (PA) Juddie bin Turusi ditugaskan ke Lahad Datu sedari 19 Mac lalu.
Pelbagai cabaran dan pengalaman baru dirasai beliau dan sudah tentu pengalaman ini memperkasakan tindakan JPAM dalam menghadapi bencana berskala besar di masa hadapan.
Sebagai institusi Latihan JPAM, selain dari membantu secara langsung, kami juga perlu mengutip informasi sepanjang pelaksanaan pengurusan bencana, dan mengekstrak agar pengalaman dan tindakan dapat dipindah prkatik selaras dengan keperluan soft sceince ASPA kelak.
Penglaman ini amat berharga dalam memberi khidmat yang terbaik menerusi silibas yang kemaskini kepada ASPA. Pelanggan prioriti utama kami.
![]() |
Petugas menguruskan keperluan |
Bantuan Medikal
Selain itu, kami juga menghantar beberapa kotak bantuan medik dan lain-lain keperluan agar dapat dimanfaatkan bersama di Lahad Datu kelak. Ia tanda keprihatinan JPAM kepada pelanggannya yang dihargai, warga Malaysia yang tercinta.
Bertepatan dengan operasi yang mempertahankan kedaulatan Malaysia, kami berbesar hati dapat membantu tanah air ini mengekalkan kedaulatannya.
Bertepatan dengan operasi yang mempertahankan kedaulatan Malaysia, kami berbesar hati dapat membantu tanah air ini mengekalkan kedaulatannya.
Terkini, kemungkinan 2 lagi pegawai kami akan bertugas di sana. kami sedia berkhidmad demi negara tercinta.
Malaysia di hati kami. Sentiasa.