8 Feb | Pada jam 3 petang tadi, sesi ceramah agama telah berlangsung di Dewan besar PULAPA Wilayah Timur. Hadir sama Komandan dan penge...

8 Feb | Pada jam 3 petang tadi, sesi ceramah agama telah berlangsung di Dewan besar PULAPA Wilayah Timur. Hadir sama Komandan dan pengerusi kelab Sukan dan Rekreasi (KESUKPA) PULAPA Wilayah Timur.
Penceramah jemputan adalah Prof Madya Rasid Muhamad, yang juga penulis kepada buku Soalan Bocor dari kubur, Merintis Kecemerlangan Islam: Sumbangan, Cabaran dan Masa Hadapan Umat Muhammad dan Menyelami Pengurusan Umar Abdul Aziz telah berkongsi ilmu tentang bekerja dalam kumpulan.

Kerja dalam kumpulan menuntut ahlinya lebih faham tentang matlamat kerja dan bukan semata-mata apa yang diri dapat dari sesuatu tugas.
Staf dalam organisasi perlu berfikiran untuk menjadi aset dan bukan sebaliknya kepada organisasi. Budaya kerja seadanya, culas pengurusan masa dan pelbagai yang negatif akan mengakibatkan liabiliti yang merugikan organisasi.
Jika liabiliti yang diberi, yang membinasakan adalah ketua organisasi dan roh organisasi tidak tenang dan menjadikan kewujudan organisasi sia-sia.