Semasa perjalanan pulang dari Himpunan Pertahanan Awam tempohari, kami menggunakan laluan via Bukit Fraser, runtuhan yang menghalang jal...

Semasa perjalanan pulang dari Himpunan Pertahanan Awam tempohari, kami menggunakan laluan via Bukit Fraser, runtuhan yang menghalang jalan telah berlaku.
Kami kumpulan pertama yang melaluinya. Tiada sebarang kecederaan, mujurlah tiada kenderaan semasa runtuhan sedang berlaku .
Kira-kira 40 minit kami melakukan gotong royang membersihkannya dan turut sama dengan pengguna jalanraya yang prihatin.


Perjalanan kami lancar tanpa sebarang insiden tidak dingini selepas kejadian itu. Semuanya selamat dan kami bangga dapat membantu pelanggan JPAM tanpa sebarang kemudaratan.