Konsep Pertahanan Menyeluruh

SHARE:

Kredit Imej: Twitter ZubirJuzadJPAM HANRUH? Ia adalah komponen kesiapsiagaan awam yang menuntut penggemlengan tenaga dan usaha semu...

Kredit Imej: Twitter ZubirJuzadJPAM

HANRUH?
Ia adalah komponen kesiapsiagaan awam yang menuntut penggemlengan tenaga dan usaha semua agensi awam, swasta, badan bukan kerajaan, pertubuhan sukarela dan lapisan rakyat menghadapi situasi sebelum, semasa dan selepas peperangan, darurat atau bencana.

Ia memerlukan kecekapan dan kesediaan agensi yang terlibat dan rakyat membentuk pasukan tindak balas bantuan kecemasan, sokongan logistik dan kaunseling semasa aman mahupun peperangan.

Secara tidak langsung, ia turut memberi ruang yang luas kepada segenap lapisan masyarakat untuk menyumbang khidmat bakti dan bersama-sama mempertahankan negara daripada sebarang ancaman peperangan, darurat atau bencana.

Tanggungjawab
Komponen Kesiapsiagaan Awam adalah salah satu daripada lima (5) komponen HANRUH yang memberikan takrifan tanggungjawab seperti berikut:

  1. Kesediaan agensi awam dan swasta untuk mengadakan kemudahan perlindungan nyawa dan harta benda.
  2. Kesediaan agensi awam dan swasta untuk membekalkan kemudahan asas dan logistik sebelum, semasa dan selepas peperangan, darurat atau bencana.
  3. Kesediaan orang awam untuk menyelamatkan diri mereka semasa situasi peperangan, darurat atau bencana;.
  4. Kesediaan agensi awam, swasta, badan sukarela dan orang perseorangan dalam pengemblengan tenaga sebelum, semasa dan selepas peperangan, darurat atau bencana.
  5. Membina kesediaan dan kecekapan agensi awam, swasta, pertubuhan bukan kerajaan dan orang awam bagi tujuan membentuk:
    • Penglibatan aktif semasa aman dan perang.
    • Kumpulan SAR dan bantuan kecemasan.
    • Kumpulan perubatan; dan
    • Kumpulan sokongan logistik.

Jawatankuasa
JPAM telah dilantik sebagai Urusetia kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi komponen Kesiapsiagaan Awam HANRUH dengan dipertanggungjawabkan untuk merangka aktiviti-aktiviti jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang bagi semua langkah-langkah persediaan, teras program, strategi dan kaedah pelaksanaan.

Ini dilaksanakan berdasarkan terma rujukan yang dipersetujui oleh Kumpulan Kerja Komponen Kesiapsiagaan Awam HANRUH yang melibatkan sebanyak 9 kementerian dan 10 buah agensi/NGO.

Senarai Jawatankuasa

AHLI JAWANTANKUASA PENGERUSI 
Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), 
Kementerian Dalam Negeri (KDN).

TIMBALAN PENGERUSI 
Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia

URUSETIA 
Kementerian Dalam Negeri (KDN); dan 
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

AHLI
a) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM); 
b) Kementerian Kerja Raya (KKR); 
c) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM); 
d) Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan (KPKK); 
e) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT); 
f) Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) ; 
g) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN HEP); 
h) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT);
i) Angkatan Tentera Malaysia (ATM); 
j) Polis DiRaja Malaysia (PDRM); 
k) Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM); 
l) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM); 
m) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM); 
n) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ); 
o) Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan; 
p) Ikatan Relawan Rakyat (RELA); 
q) Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM); dan 
r) Mercy Malaysia.

Bagi maklumat lanjut,boleh dirujuk di web JPAM
Nama

ASPA berkaliber,2,Berita,32,Ceramah,1,DEKAD PLATINUM,1,FB APM,2,Imej,1,Imej Kursus,3,Informasi,9,Jemputan,2,KAPA,1,Kisah,2,Lahad Datu,1,Laporan ringkas kursus,1,Laporan ringkas tahun baru,1,Majlis,4,Memori,1,Ops Daulat,1,Pengetahuan semasa,8,Pengumuman,6,Peristiwa,9,Seni mengajar,1,takwim,1,Takwim Kursus berkaitan KAPA,1,Ucapan,5,Ucapan Komandan,1,Video,1,Video Korporat,1,
ltr
item
PULAPA Wilayah Timur: Konsep Pertahanan Menyeluruh
Konsep Pertahanan Menyeluruh
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj_AweBUkpNuCpOsDFPt2DHm4LK7we_eKow2n28dHk3jYzKREyEL4J0k9jIIpyv_SWJEq9rxs_KaLNytqbbYc1Y3p5j7vePZwdRu0oH2CLPhsrsCQFm57kyjYab7BsbSWWdZJ0IJLnDFEEY/s1600/fail+hanruh.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj_AweBUkpNuCpOsDFPt2DHm4LK7we_eKow2n28dHk3jYzKREyEL4J0k9jIIpyv_SWJEq9rxs_KaLNytqbbYc1Y3p5j7vePZwdRu0oH2CLPhsrsCQFm57kyjYab7BsbSWWdZJ0IJLnDFEEY/s72-c/fail+hanruh.jpg
PULAPA Wilayah Timur
https://pulapa-timur.blogspot.com/2012/04/konsep-pertahanan-menyeluruh.html
https://pulapa-timur.blogspot.com/
http://pulapa-timur.blogspot.com/
http://pulapa-timur.blogspot.com/2012/04/konsep-pertahanan-menyeluruh.html
true
6364183906384950021
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy