Rakan JPAM Bersama KRASH PAD KL

SHARE:

Program Rakan JPAM Bersama KRASH PAD KL dan PULAPA Jengka telah berlangsung pada 5 Jun hingga 7 Jun 2010 yang diadakan di Pusat Latihan P...


Program Rakan JPAM Bersama KRASH PAD KL dan PULAPA Jengka telah berlangsung pada 5 Jun hingga 7 Jun 2010 yang diadakan di Pusat Latihan Pertahanan Awam (PULAPA) Jengka. Seramai 52 orang peserta yang terdiri daripada KRASH PAD KL, pelajar-pelajar SMK Jengka 2 dan SMK Jengka 21, termasuk 5 orang Siswa-Siswi Pertahanan Awam (SISPA) Uitm Jengka, yang turut disertai oleh 28 orang urusetia dari KRASH PAD KL,  Ibu Pejabat Pertahanan Awam Malaysia (IPPA), dan PULAPA Jengka menyertai program tersebut.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya ialah ‘Jungle Tracking’, Menjelajah Gua, dan Berkayak. Pada hari pertama, para peserta diberi taklimat ringkas program diikuti dengan sesi pengenalan dan pembahagian kumpulan. Pada jam 1430, bermula aktiviti ‘Jungle Tracking’ di mana peserta di bawa menyusuri kawasan rimba yang terletak di belakang PULAPA Jengka. 

Para peserta begitu teruja dan bersemangat menempuh halangan-halangan sepanjang menyusuri kawasan aktiviti. 

Aktiviti kedua iaitu Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dijalankan pada jam 2030 di Dewan Kuliah PULAPA Jengka. Para peserta dikehendaki bekerjasama dalam kumpulan bagi mereka logo kumpulan untuk sesi pembentangan mereka. Di samping itu, para peserta dapat mengenali dan beramah mesra antara satu sama lain.

Pada hari kedua, para peserta dibawa menjelajahi gua di Kota Gelanggi. Terdapat 155 buah gua yang terdapat di sana antaranya Gua Sanding, Gua Angin, Gua Tongkat dan lain-lain lagi. Para peserta dibawa menjelajahi Gua Angin, Gua Sanding, Gua Terang Bulan, Gua Rebana dan Gua Balai. 

Pada sebelah malamnya pula, jamuan makan malam dan persembahan peserta program diadakan di perkarangan Dewan Makan PULAPA Jengka. Turut hadir memeriahkan majlis ialah En Ahmad Najme Bin Muhamad, Timbalan Pengarah Sumber Manusia Jabatan Pertahanan Awam Malaysia yang turut memberikan sepatah dua kata pada majlis tersebut. 

Antara juadah-juadah lazat yang disediakan ialah Satay, Ayam Bakar, dan Char Kuew Tiaw. Persembahan peserta program sangat menghiburkan dan mencuit hati para jemputan dan urusetia program. Walaupun mempunyai persediaan waktu yang terbatas tetapi para peserta menunjukkan komitmen yang jitu dan mempersembahkan persembahan yang terbaik. 
Lawatan ke Tekam Plantation Resort menjadi aktiviti terakhir peserta di PULAPA Jengka. Mereka diajar cara-cara untuk berkayak dan masing-masing merasai pengalaman berkayak di sana. Pada jam 1200, telah berlangsung majlis penutupan program oleh Y.S. Penolong Pesuruhjaya Pertahanan Awam Brig. Jen (PA) Roslan Bin Wahab, Pengarah Pengurusan Angkatan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. 

Dalam intipati ucapannya, beliau menyeru peserta program untuk menganggotai Jabatan Pertahanan Awam apabila berumur 18 tahun dan bersama-sama mengembling tenaga membantu rakyat yang ditimpa bencana dan kemalangan. 

Semoga program Rakan JPAM Bersama KRASH PAD KL dan PULAPA Jengka berjaya mencapai objektifnya.
Nama

ASPA berkaliber,2,Berita,32,Ceramah,1,DEKAD PLATINUM,1,FB APM,2,Imej,1,Imej Kursus,3,Informasi,9,Jemputan,2,KAPA,1,Kisah,2,Lahad Datu,1,Laporan ringkas kursus,1,Laporan ringkas tahun baru,1,Majlis,4,Memori,1,Ops Daulat,1,Pengetahuan semasa,8,Pengumuman,6,Peristiwa,9,Seni mengajar,1,takwim,1,Takwim Kursus berkaitan KAPA,1,Ucapan,5,Ucapan Komandan,1,Video,1,Video Korporat,1,
ltr
item
PULAPA Wilayah Timur: Rakan JPAM Bersama KRASH PAD KL
Rakan JPAM Bersama KRASH PAD KL
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgULa3uxWQgJCzqUuqazMVcbZ93DHxhcZuC38Q-bUkpKbDB9oEme4cPqGFR74vZ36n6LRye3uZf9p2KKVOVkvNfyUZiruFv4qbuaQblwwz_6juhhhUnXazds4cZWvlWng-uC2cSF2pHXmQp/s1600/dalam-blog2.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgULa3uxWQgJCzqUuqazMVcbZ93DHxhcZuC38Q-bUkpKbDB9oEme4cPqGFR74vZ36n6LRye3uZf9p2KKVOVkvNfyUZiruFv4qbuaQblwwz_6juhhhUnXazds4cZWvlWng-uC2cSF2pHXmQp/s72-c/dalam-blog2.jpg
PULAPA Wilayah Timur
https://pulapa-timur.blogspot.com/2010/09/rakan-jpam-bersama-krash-pad-kl.html
https://pulapa-timur.blogspot.com/
http://pulapa-timur.blogspot.com/
http://pulapa-timur.blogspot.com/2010/09/rakan-jpam-bersama-krash-pad-kl.html
true
6364183906384950021
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy