1Info-Kursus PULAPA Timur adalah sistem makluman email kepada pegawai JPAM yang bertanggungjawab menguruskan latihan di PNPA seluruh Malaysia. Sistem ini dianggotai oleh pegawai latihan PNPA seluruh Malaysia.
Tujuan ia diwujudkan sebagai sistem sokongan kepada penyaluran maklumat semasa berkaitan latihan di PULAPA Wilayah Timur. Antara faedah menyertainya adalah:-
- 'Courses alert' 2 minngu sebelum berkursus,
- Makluman berkaitan pelaksanaan kursus lebih awal diperoleh,
- Takwin kursus dibekalkan terus ke email ahli,
- Lain-lain maklumat berkaitan yang relavan tentang kursus.
Terma & Syarat
- Sistem ini menggunakan perkhidmatan penghantaran email pukal atau autoresponder sebagai medium penyaluran maklumat. Sebarang kelewatan atau kegagalan menyalurkan maklumat bergantung kepada penyedia autoresponder ini.
- Kami perlu melucutkan keahlian jika ahli tidak lagi bertugas sebagai pegawai latihan di PNPA. Ini bagi memastikan maklumat kami disalurkan pepada personel yang tepat dan maklumat tidak disalah guna untuk tujuan selain JPAM.
- Sistem ini masih dalam tempoh percubaan, sehingga diberitahu sebaliknya-kami berhak meminda kandungan informasi sistem dengan syarat ia tidak membebankan tugasan ahli. Kami terikat dengan polisi memudahkan urusan ahli dalam mendapatkan maklumat latihan / kursus.